Tuesday, August 24, 2010

Ujian Formatif 2 & Pra-UPSR 2010


Mulai 24 hingga 26 Ogos 2010 (Selasa hingga Khamis), semua murid SK Taman Permas Jaya 3 akan menduduki peperiksaan.

Ujian Formatif 2 - Murid Tahun 1 hingga Tahun 5
Ujian Pra-UPSR - Semua murid Tahun 6

Selamat menduduki peperiksaan dan diharapkan agar semua murid berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Salam Ramadhan 1431H (2010)


Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Selamat beramal!

Saturday, April 24, 2010

Kem Bestari Solat - 10 April 2010



Kem Bestari Solat telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 10 April 2010 bermula jam 7.30 pagi sehingga 1.45 tengah hari. Kem ini diadakan untuk melatih murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 mengenai asas-asas solat bermula dari berwudhuk sehingggalah kepada cara-cara mengerjakan solat dengan sempurna. Kem ini berakhir dengan murid-murid mengerjakan sembahyang Zuhur secara berjemaah di surau sekolah. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program Kem Bestari Solat ini.

Kejohanan Olahraga Tahunan - 4 Februari 2010


Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3 telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 10 pada 4 Februari 2010. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah sama-sama berganding bahu untuk menjayakan acara tahunan ini.

Keputusan rasmi:

Johan Keseluruhan : Rumah Pendekar
Olahragawan : Mohd Zarul Afifiy bin Zamri
Olahragawati : Nur Syahirah binti Mohd Razif

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Selamat tahun baru 2010 kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3. Marilah kita menguatkan azam dan bersama mencipta kecemerlangan yang berterusan untuk sekolah tercinta.