Wednesday, July 29, 2009

Tempurung oh tempurung...







Jangan terkejut jika anda melihat ribuan tempurung di kaki lima sekolah! Seluruh warga SKTPJ3 pada ketika ini sibuk dengan projek membina bendera gergasi menggunakan tempurung sempena hari kemerdekaan yang akan menjelang. Guru-guru dan murid-murid berganding bahu membersihkan tempurung yang diperolehi dari kedai-kedai sekitar Permas Jaya. Pasti peniaga-peniaga semuanya tersenyum lebar kerana kedai mereka bersih sepanjang bulan Julai hingga Ogos ini!
Makan TEMPURUNG
Minum TEMPURUNG
Tidur TEMPURUNG... =)

Hari Guru 2009


Guru...

dalam ajarnya ada HARAPAN,
dalam tegurnya ada DOA,
dalam marahnya ada SAYANG,
dalam tawanya ada MESRA,
dalam diamnya ada BIJAKSANA,
dalam tangannya kita TERBINA,


Dia seorang guru pengganti ayah ibu,
Dia seorang guru pembentuk generasi baru,
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu,
Yang terus hidup sepanjang waktu...

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
"TERIMA KASIH CIKGU"

Selamat datang ke blog Sek. Keb. Taman Permas Jaya 3


Assalamualaikum w.b.h dan salam sejahtera.Blog ini diwujudkan sebagai salah satu pengantara untuk memaparkan aktiviti yang dijalankan oleh warga SK Taman Permas Jaya 3 (SKTPJ3). Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.